Sunday, 23 August 2015

Perhentian Checked

Asaikum. 

Fuhhh, tiup habuk dulu, berbulan ni tak update. so kali ni nak updatelah pas percutian kat Perhentian selama dua hari 1 malam. Sekejap je, tapi sekejap ni  lah yang buat akan datang balik. SubhanAllah, ciptaan Allah. memang sangat cantik perhwntian ni. Okay, kita mula dari awal. 

Sebenarnya nj percutian budget dan murah je, sebab nak mengreleasekan stress result memasing ke laut. So, bila kata nak pergi aq punya gigih satu hari tu dok scroll je blog, facebook semua.nak cari pakej murah dan Alhamdulilah, semuanya dipermudahkan Allah bagi jumpa pakej murah. 

Malam ahad naik bas dari kelantan turun Tanah merah, first time ni naik bas jalan jauh. Lepastu turun Tanah Merah Kelantan dan Ain pun amek untuk kami ke Besut dimana jeti nak ke Pulau Perhentian. Nasib baiklah orang pakej ni on time, Sampai sampai je terus naik.bot dalam pukul 9.30 macamtu, perjalanan dari jeti nak ke pulau dalam setengah jam macamtu je, tak sempat nak amek angin banyak sangat sebab naik speed boat kan. hehe.




Okay bila sampai je pulau, kami punya gayat tengok air jernih tu sampai taknak gerak lah dari jeti tu nak ke resort. Sebab jernih sangat kat jeti tu. Tapi sampai sampai resort terus siap siap sebab nak snorkeling terus pukul 10.30. Snorkeling kat sini banyak point. Mula mula kami start dengan shark point, turtle point, coral point, nemo point and light house. masa light house ni aq tak lompat pun sebabnya dorang semua taknak lompat, so kita tengok orang jelah. And lastly, dekat romantic beach. View kat sini dia punya cantik sampai kau tak kisah lah berenang pukul 1 tengahari. Cantik gilerr. dah nama pun romantic kan. So, dalam pukul 4 kami pun sampai bilik dan terus tidurr nak topup energy untuk malam dan esok. hehe. 








Bila dah settle snorkeling tu, dengan mukq sunburn ye kami pun photoshoot lah depan shangri lah resort. kononnya nak tengok sunset, tapi sun ye dah set. hehe. lambat sangat turun nya. tapi view kat sini cantik sangat. Share gambar jelah ye nak bagitau view dia. 




Done day one. so kita continue day two. Malam day one tu biasalah, orang yang pergi Perhentian mesti akan lepak long beach sebab nak tengok pertunjukan api tu. Dari coral bay nak ke long beach ni kena berjalan sikit lah, merentasi pulau ni kau. So, boleh paham lah jalan dia. Okay, sambung hari kedua ni sebab kami naik bot pukul 12, so masa kami suntuk sangat. kami gunakan untuk pergi windmill, sini punya view tak payah cakap. cantik sangat. Tapi kami tak sampai atas pun sebab tak confident dengan tangga dia, so kami daki bukit tapi separuh lah. hehe. Nasihat saya tak payah lah pakai cantik cantik sebabnya nak dki bukit batu tu confirm basah.   Memang cantik view dia, next trip nanti nak naik sampai kincir angin tu. Cantik sangat even separuh je. 








Tak habis puas lagi sebenarnya view kat windmill ni sebab cantik dan jernih tu rasa nak mandi kat situ je. SubhanAllah :) So, the end of my trip. So kepada sesape yang nak pergi perhentian tu, check kalendar bawah ni dulu. Yang kuning tu tak boleh pergi tau sebab pulau dah tutup, musim tengkujuh. So yang lain tu korang boleh lah pergi. Seriously, perhentian sangat cantik. Indahnya ciptaan Allah sampai kita tergamam tengok ciptaannya. Sekian, my perhentian trip with my buddies. 





Friday, 24 October 2014

Officialy 21 !!



 Alhamdulilah  for this 21 years 10 days Ya Allah for give me your oxygen  for breath, for give me a great family, a good friend and Alhamdulilah still chemistry course even still no idea what I gonna be. It almost 6 month I not write anything on this blog. Quite  missing  you  Encik  tomato ..... *tetiba nak update sebab baca blog Hanis Zalika, katanya blog ni jelah dokumen kita bila semua benda nanti dah hilang* Selalunya  lepas birthday mesti akan update, tapi sebab hidup sebagai seorang student kimia forensik  yang agak sibuk walaupun baru  sem 1, makanya sekarang barulah nak update. Thanks for all that wish me, that give me a suprise, a gift, a call. Really apreciate it !!! Jenis tak kesah, even bagi daun tulis HAPPY BIRTHDAY pun dah cukup bermakna. First, special sikit yang kat wasseplah kan. Dengan essay masing-masing, dengan kata kata aluan yang sangat sweet, kata kata semangat. Terharu :”)












Then, next from media social lah kan. Tuiterr and insta. Fb tak mampu nak screenshot sorang sorang, tapi thanks jugak yang wish disana, 








Eh, dan juga kepada suprise yang tak jadi tapi macam jadi dari mereka. My new housemate, dan kawan kat degree nie. Zana, syida and Nurul. Thanks for the card dan semoga korang sabar dengan perangai aku nanti.



Dan yang paling penting is call,sebab masa tue boleh dengar lah keikhlasan masing masing walaupun macam awkward sebenarnya sebab dah lama tak bercakap. Haha. kita tak mampu nak letak rakaman call dorang so, mehh sini kita post gambar orang orang yang special call kita nieee, Even ada sorang tu lambat. Its okay late than never J





Secara tidak sengajanya, tersedar lah diri ni umur semakin meningkat dan ajal pun mungkin akan tiba bila bila masa. Alhamdulilah lagi sekali Ya Allah sebab hadirkan mereka di dalam hidup nie. And rite now, I’m officialy 21 and here, my 21 bucket list that I want to do before I die :
  1.  Kalau berkemampuan, Ins sha Allah Rumah Allah is one of my destination.
  2. Still nak perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Wanita muslimah. Nak jadi ketua bidadari nanti :)
  3.   Walaupun masih taktau nak jadi apa, tapi semoga dapat jadi lecturer mungkin takpun ahli kimia yang berjaya.
  4.  Masih gilakan nature, dan teringin nak pergi Bora-bora Island one day.
  5.  Ofcoz, my mom is one of my bucket list that I want her to cry for my succcess and rasa penat lelah saya bekerja. Biar dia pulak duduk goyang kaki.
  6. Nak balas jasa akak, abang, *kalau ada rejeki lebih dah janji nak belanja akak satu kereta, even kereta sorong*
  7.  Kahwin? Mungkin salah satu yang diidamkan, tapi tu ketentuan Allah. Mungkin boleh diusahakan, tapi bergantung pada masa juga.
  8. Sebab diploma dah belajar main-main, so Degree ni nak dapat 3 BINTANG  erti kata lain ANC!!!
  9. Snorkling kita dah, kita nak try scuba even masih terkial kial berenang.
  10.  Nak khatamkan satu alquran within a year, Still in progress and still try.
  11.  Nak jadi makcik yang baik kepada anak2 buah yeee, eceh kemain.
  12. Nak ada kereta sendiri, Audi salah satu idaman, tapi kalau ta mampu asalkan ada kereta dah cukup.
  13. Nak kerja yang bagus sebab kalau laki tinggalkan kita, kita tak kesah and still can life as a single girl.
  14.  Want to try bungge jumping and paragliding.
  15. Mengidam nak naik roller coaster kat Taiwan tu walaupun sebenanrnya baru naik roller coaster sekali je.
  16. Nak  pergi Salar de Uyuni,Bolivia sebab gila kamera kan, one day nak pergi sana tangkap gambar puas2
  17. Tak terasa nak sambung master, tapi kalau ada rezeki Ins sha Allah nak sambung.
  18. Nak meninggal dunia dalam islam, sebagai orang yang beriman dan wanita solehah.
  19. Sampai sini idea dah takde, tapi nak jadikan uah mak tu ada swimming pool.
  20. Idea dah merepek tapi kita nak pakwe kita nanti ruelah suami kita.
  21. Lastly, semoga Allah pimjamkan mak sampai hambamu i sempat membalas jasanya.


And this is me, official of 21 J




Sunday, 20 April 2014

M.E.L.I.D.Z.K.A

Assalamualaikum.

Rasanya hari dah masuk minggu ketiga aku berpisah dengan lempoyang lempoying hati, makin kuat pulak rindu nie kat dorang.. Eh, nak cerita lain sebenarnya. Selalu hashtag MELIDZKA kat twitter, sape sebenarnya dorang kat hati aku nie, mehh sini alang alang takde keje nie kan, let me introduce you my HEART. sekarang hati ni makin bertambah dengan orang tersayang.

MELIDZKA ni bestfriend zaman sekolah dulu, nak cakap nakal ye kitorang tu takyah cakaplah, sampai cikgu pun dah malas nak layan kitorang. Setakat rotan, tangan ni pun dah kebal dah kena rotan ngan Abie kitorang, kejap lagi saya kenalkan siapa lah Abie nie. Tapi senakal nakal kitorang pun masa zaman jahiliyah dulu, Alhamdulilah sekarang semuanya berjaya, masingmasing ada kerjaya sendiri. Jangan ingat budak nakal takde masa depan tau, Tapi kitorang punya nakal nie pun, kitorang masih dapat seimbang kan dengan akademik dan selalu berbakti kat sekolah.

First, kita start dengan huruf M stand for Maisara. Dia nie kecik orangnya, paling kecik dalam group nie, seorang yang kidal lepastue nak kata pendiam pun tak, bising pun tak..Dia nie sebenarnya kenal dari zaman sekolah rendah lagi, tapi masa tu tak ngam langsung dengan dia walaupun kitorang satu kelas. Sekali ditakdirkan satu kelas masa form 4, masa tue terus jadi kaki ponteng samasama, masa form 1 sampai form 3 kitorang lain kelas, tapi tetap sekepala walaupun lain kelas. Mai, semoga kau makin tinggi walaupun had umur perempuan nak tinggi dah tamat n goodluck in ur life dear.


Lepas tue, E stand for Ecah atau nama sebenarnya Nur Aishah Zul Azhar.  Dia ni dari KL, masa mula mula kenal dulu, poyo je muka budak nie,haha macamana boleh rapat dengan dia nie pun tak tahu lah. Start form 1 dah pandai bercinta, dia nie lah asyik kena panggil je dengan abie. Alhamdulilah sampai sekarang kekal lagi dengan Si Petengnya tue dan tak lama lagi dah nak jadi mak orang dah, tue yang excited nak jumpa dia nie memandangkan dia paling lama yang aku tak jumpa, start dia pindah masa form 3 terus tak jumpa dia nie.  Rindu sangat dah dengan dia nie. Semoga kau berkekalan dengan Peteng n jangan lupa pastikan kitorang nie VVIP masa wedding kau nanti :)



Okay, sekarang L stand for Liza ataupun anak cik ghazali. Dia nie bila aku stay kat Klang lah baru selalu jumpa, sebab dia nie pun setempat ngan ecah jugak, jumpajumpa je ayat dia "dulu kau macam adik aku, sekarang dah besar" takpe faham maksud tersirat ayat dia tue .  Yang dia nie memang aku rasa tangan paling kebal sekali, memang dia lah yang selalu kena panggil, pasal apa kalau tak bukan pasal bercinta. Tapi sekebal kebal tangan dia nie pun, akademiknya tiptop, selalu best student kat sekolah tue, bangga I jadi kawan you noksss. Sekarang ni makin ayu tengok dia nie, kalau dulu jalan haaaa, berketak ketak bahunya. haha. To Liza, goodluck in ur study nyah, dah ada kesayangan tu jaga diri elokelok. haha



Lepas itu, I stand for Iera ataupun nama sebenarnya Nur Nazirah. Nama dah lama sama, lepas tue kitorang masa kat kelas duduk sebelah, memang selalu lah tersilap. Tapi dia dengan kitorang sekejap je, sampai form 1 je lepastu dia kena pindah serting, masa tue sedih jugaklah sebab dia yang first aku rapat kat sekolah tue, kalau listkan lah persamaan kitorang lebih dari 10, tapi lama lama kena terima juga perpisahan nie and same goes to Liza, dia nie memang tiptop kawkaw akademiknya. Good luck Cheah jadi ahli forensik nanti,.. *ewahh*


Okay, D stand for Diela. Haaa, dia nie nak cerita banyak sikit. Memang setiap kali raya ke bosan ke shopping ke, aku dengan dia jelah, lagipun rumah dia lah paling dekat rasanya yang senang aku nak merempit, tapi xdelah dekat sangat sebenarnya. Ingat lagi masa dapat tau dia ni nak pindah sekolah, meroyan sekejaplah , rasanya tiap tiap malam dekat asrama aku menangis call dia nie, bila ingat balik rasa nak gelak pun ye, yelah kawan teman dating semua nya dia nielah. haha tapi sayang gilerr lah ngan minah sorang nie. Dia ni pun macam Mai jugak sebenarnya, tak satu kelas pun, tapi masa kat asrama kitorang semua sekepala, terus jadi BFFFF. To Diela , semoga berjaya dalam kerjaya kau, berbahagia bersama si Dia, aku taktau mana satu Si Dia yang kau fikirkan, haha and thankss selalu ada masa aku call kau dulu. haha.


Z nie stand for Ziera ataupun Nazirah Johari, haaa saya lahh saya. Budak ni Ya Allah rajin nya takyah cakap, semua dia boleh buat *dalam mimpilah*. haha. Malas nak cakap banyak pasal diri sendiri tapi masa sekolah dulu paling takleh lupa yang Abie ketuk belakang badan nie pakai buku rujukan tebal, sampai tercampak kot buku tue, padu kot dia hentak ye badan nie, nasib baik masih mantain bergetah lagi badan nie. To me, ehem ehemm, doakan saya dapat apa yang saya inginkan, jodoh yang baikbaik. haha


K stand for Kiela ataupun Shakila Amira. Haa, dia ni anak ketua PIBG tau masa sekolah dulu, jangan mainmain, anak PIBG aku frenss nie, tapi dia nie lain sikitlah ngan kitorang yang haruk pikuk nie, orangnya sopan alim, lemah lembut je tapi sekali dah gelak, haaa kauu, tue yang terus sekepala je tue. Baru jumpa dia masa wedding akak dia haritue, makin membesar orangnya, tinggi je tak tambah lagi. haha. To Kiela, all the best in ur life, semoga bahagia dunia dan akhirat :)



Lastly, A stand for Anis . Dia ni my tablemate masa form 4 sampailah ke form 5, kaki ponteng samasama, kaki tidur kat belakang sama, kaki apa lagi semua sama dengan dia, tapi Si Anis nie janganlah diajak bergosip memang kalah Azwan Ali, lagi satu mulut dia nie, sape yang rasa hati kental je tahan dengan dia nie, makanya terbukti kami bertujuh memang sangat tahan dengan dia nie. haha. Dulu dia ni sama je kurus ngan aku tapi sekarang ni mungkin dia gemok sikit dari aku kot takpun samasama gemokk. haha. Sekarang ni dia dalam latihan Rekrut, so kalau kitorang gathering pun xdapat jumpa dia. Anis, goodluck lepas nie, dah jadi penembak nanti, kau jangan tersilap tembak and hope kau berkekalan dengan Sham.


Dah habis aku perkenalkan sorang, meh sini nak kenalkan Abie kitorang ataupun warden asrama kitorang, memang dia nielah yang kuat rotan kitorang, setiap kali kitorang imbau kenangan mesti nama dia nie tak tinggal, walaupun masa sekolah dulu tak suka, tapi sekarang rindu dia,haha, lagipun masa aku form 4, dia nielah guru kimia aku. haha. Sebenarnya Abie ni selalu jugalah memang anugerah guru paling hensem masa hari guru dulu plus dia nie lah coach badminton wa yg sampai ke negeri jugalah wa membawa bawa diri. hahaha. Ingat dulu masa jumpa ramai ramai tetiba je dia tanya soalan " saya ada dengar awak dengan aspura ke orang tu ada kat sini?" , cepat je dia nie dapat berita. Haa kat bawah nie lahh diaaa.


Memang rindu gilerr lahh dengan zaman sekolah, tapi memang seronok jadi budak nakal ni kekadang sampai cikgu kejar satu dewan makan tue, pastu kena marah dengan senior tu dah biasa dah, kena tidur kat bilik iron sebab tak boleh tidur samasama kat bilik. Sekurangkurangnya ada jugalah cabaran jadi budak nakal nie. haha  Haihh kenangan kenangan.. Main hujan samasama, main bola tampar yang best tue, lepastu kalau sukan ke kawad kaki ke mesti satu geng kita masuk. hhahaha. RINDUUUUUUU NGANN KORANG :)







And lastly, gambar masa zaman dulu kala :") 



Hope one day nanti kita semua akan dapat tangkap gambar lapan orang cukup, takde sape pun yang takde :) haha. sekian.


p/s : " The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without gwowing apart " (unknown)