Monday, 24 December 2012

First Love

Assalammualaikum sebagai pembuka bicara..

lagu baru kita nie CINTA PERTAMA,so sebab tu terasa nak buat entry pasal first love nie , tapi sebelum tu apa itu cinta? haaa,you may read this picture..


 

 Haa,dah tahu kan? Mungkin semua pernah mengalaminya,cinta nie tak bermaksud dengan boyfriend je,cinta ni boleh berlaku dengan family jugak , kalau tak macamana kita sayang mereka kan? sebab hadirnya sayanglah maka terbitnya cinta , cuma cinta ni banyak jenis..okay stop.. now we start about first love..

cinta pertama? in my life,because my first love,I'm afraid too fall in love again. Orang kata cinta pertama nie memang sukar untuk dilupakan and aku rasa aku sokong 200% sebab sampai sekarang masih sukar untuk lupakan.tapi kadang-kadang ada untungnya sebab dia mengajar kita erti cinta yang sebenar sebab LAST LOVE IS MORE MEANINGFUL IN LIFE RATHER THAN FIRST LOVE ..

and this is my first and last love ... 





p/s:)Untuk lupakan cinta pertama yang hadir tak semudah air laut yang menghilangkan tulisan di pasir tapi ia seperti tulisan di atas batu yang mengambil masa yang sangat lama untuk hilang atau kadang-kadang tulisan itu hanya kekal di atas batu...bye..


 

Renungan Bersama

Assalamualaikum..

Tadi masa family kitorang berjalan tetiba pakwe akak aku kol dia then suruh tengok langit,dia kata langit gelap sangat,pastu anak buah pulak cerita pasal 9 soalan yang ada dalam tv9 haritu,pastu bila sampai rumah terus search internet pasal semua yang berlaku then aku terjumpa lah artikel dibawah nie,so terasalah nak share disini *aku rasa macam banyak pulak pastu* .. hmm,marilah kita baca sama-sama dan berharap agar kita bersama orang tersayang menjadi golongan yang ke-12 .AMIN..... *oh,ni saya hanya mengCOPY dari laman web lain,sekian*

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:

“Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: “Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”
Surah an-Naba’:18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
“Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….”

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
“Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
“Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
“Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
“Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
“Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
“Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
“Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
“Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
“Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
“Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
“Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…”

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya….. Wallahua’alam.

Sunday, 23 December 2012

SAYA,DIA dan MEREKA

Assalamualaikum....


rasa macam nak membebel satu hari nie untuk ceritakan sepanjang 3 minggu dekat U tapi takpe lah , yang penting Alhamdulilah sem nie lecture semua ye yang comel and baik .. okay, first lah kan , tetiba aku terfikir and apa kata kita fikir sama-sama jugak ... korang mesti selalu dengar ayat ni kan "WHAT YOU GIVE YOU GET BACK" ,tapi kenapa still ada orang buat jahat jugak ehh? *ni sebab baca news banyak pasal kes bunuh,tu yang takut*, tak faham kenapa orang masih buat benda jahat even dia tahu benda tu akan berlaku kat dia balik , mungkin bukan hari tu tapi 5 tahun akan datang ke .. hmmm, so kay lah..

Sebenarnya aku nak share gambar je,sebab macam dah takde idea nak menulis kat sini,yang ada pun macam post yang berbunga,so post gambar je lah .. eh eh aku dah ada 6 orang anak buah .. makin meriah lah rumah aku , masa hari tu balik pun dah nak roboh dah rumah akak.. okay lah .. just see the picture masa kitorang pergi mersing,sedih tak dapat mandi laut sebab musim tengkujuh so just amek gambar je ..








banyak-banyak gambar aku paling suka gambar abang aku ni,first sebab aku yang tangkap , second sebab pose ni macam dalam secret garden..

 





 and for the last picture must be me ..


Friday, 7 December 2012

HYE SEMESTER 4 (:

Assalamualaikum....

Setelah hampir sebulan mengumpulkan semangat untuk mengupdate, now here we are ... oH lupa, sekarang aku dah semester 4,means dah setahun setengah jugaklah berada di uitm nie ,semester 4 bermula dengan rancaknya mencari kelas yang terbaik bukan kami memilih sangat lecture tetapi kami mungkin inginkan yang terbaik untuk sem ini .

As we know, everyone have their own dream and me as a person also have a dream ,maybe want to married in garden theme ..ehhh .. okay stop .. someone has told me that 

"Setiap cabaran yang datang dalam hidup jadikan ia sebagai satu langkah menuju dalam kejayaan , never give up easily. makin besar cabaran tue makin manis saat kita mengecapi kejayaan yang akan datang..."

So,kita semua kena tahu setiap cabaran yang datang tu pasti ada hikmahnya for example in my life .. Masa form 5 dulu, kalau sir chemistry aku tak ubah aku and the geng mungkin aku takkan ada dalam UiTM ni dan mungkin sekarang aku tanam anggur je kat rumah. 

Kita takkan pernah tahu pun apa hikmahnya atas setiap yang berlaku tapi kita tahu setiap yang berlaku itu pasti yang terbaik dari ALLAH .






p/s (: teringat ayat dalam cerita SOFFIYA yang lakonan tiz zaqyah "kalau kita tak lakukan masa 5 tahun dulu,perkara sekarang takkan jadi.setiap perkara ada sebab kenapa ia perlu terjadi.".So,chill guys and girls (: