Friday, 24 October 2014

Officialy 21 !!



 Alhamdulilah  for this 21 years 10 days Ya Allah for give me your oxygen  for breath, for give me a great family, a good friend and Alhamdulilah still chemistry course even still no idea what I gonna be. It almost 6 month I not write anything on this blog. Quite  missing  you  Encik  tomato ..... *tetiba nak update sebab baca blog Hanis Zalika, katanya blog ni jelah dokumen kita bila semua benda nanti dah hilang* Selalunya  lepas birthday mesti akan update, tapi sebab hidup sebagai seorang student kimia forensik  yang agak sibuk walaupun baru  sem 1, makanya sekarang barulah nak update. Thanks for all that wish me, that give me a suprise, a gift, a call. Really apreciate it !!! Jenis tak kesah, even bagi daun tulis HAPPY BIRTHDAY pun dah cukup bermakna. First, special sikit yang kat wasseplah kan. Dengan essay masing-masing, dengan kata kata aluan yang sangat sweet, kata kata semangat. Terharu :”)












Then, next from media social lah kan. Tuiterr and insta. Fb tak mampu nak screenshot sorang sorang, tapi thanks jugak yang wish disana, 








Eh, dan juga kepada suprise yang tak jadi tapi macam jadi dari mereka. My new housemate, dan kawan kat degree nie. Zana, syida and Nurul. Thanks for the card dan semoga korang sabar dengan perangai aku nanti.



Dan yang paling penting is call,sebab masa tue boleh dengar lah keikhlasan masing masing walaupun macam awkward sebenarnya sebab dah lama tak bercakap. Haha. kita tak mampu nak letak rakaman call dorang so, mehh sini kita post gambar orang orang yang special call kita nieee, Even ada sorang tu lambat. Its okay late than never J





Secara tidak sengajanya, tersedar lah diri ni umur semakin meningkat dan ajal pun mungkin akan tiba bila bila masa. Alhamdulilah lagi sekali Ya Allah sebab hadirkan mereka di dalam hidup nie. And rite now, I’m officialy 21 and here, my 21 bucket list that I want to do before I die :
  1.  Kalau berkemampuan, Ins sha Allah Rumah Allah is one of my destination.
  2. Still nak perbaiki diri ke arah yang lebih baik. Wanita muslimah. Nak jadi ketua bidadari nanti :)
  3.   Walaupun masih taktau nak jadi apa, tapi semoga dapat jadi lecturer mungkin takpun ahli kimia yang berjaya.
  4.  Masih gilakan nature, dan teringin nak pergi Bora-bora Island one day.
  5.  Ofcoz, my mom is one of my bucket list that I want her to cry for my succcess and rasa penat lelah saya bekerja. Biar dia pulak duduk goyang kaki.
  6. Nak balas jasa akak, abang, *kalau ada rejeki lebih dah janji nak belanja akak satu kereta, even kereta sorong*
  7.  Kahwin? Mungkin salah satu yang diidamkan, tapi tu ketentuan Allah. Mungkin boleh diusahakan, tapi bergantung pada masa juga.
  8. Sebab diploma dah belajar main-main, so Degree ni nak dapat 3 BINTANG  erti kata lain ANC!!!
  9. Snorkling kita dah, kita nak try scuba even masih terkial kial berenang.
  10.  Nak khatamkan satu alquran within a year, Still in progress and still try.
  11.  Nak jadi makcik yang baik kepada anak2 buah yeee, eceh kemain.
  12. Nak ada kereta sendiri, Audi salah satu idaman, tapi kalau ta mampu asalkan ada kereta dah cukup.
  13. Nak kerja yang bagus sebab kalau laki tinggalkan kita, kita tak kesah and still can life as a single girl.
  14.  Want to try bungge jumping and paragliding.
  15. Mengidam nak naik roller coaster kat Taiwan tu walaupun sebenanrnya baru naik roller coaster sekali je.
  16. Nak  pergi Salar de Uyuni,Bolivia sebab gila kamera kan, one day nak pergi sana tangkap gambar puas2
  17. Tak terasa nak sambung master, tapi kalau ada rezeki Ins sha Allah nak sambung.
  18. Nak meninggal dunia dalam islam, sebagai orang yang beriman dan wanita solehah.
  19. Sampai sini idea dah takde, tapi nak jadikan uah mak tu ada swimming pool.
  20. Idea dah merepek tapi kita nak pakwe kita nanti ruelah suami kita.
  21. Lastly, semoga Allah pimjamkan mak sampai hambamu i sempat membalas jasanya.


And this is me, official of 21 J




Sunday, 20 April 2014

M.E.L.I.D.Z.K.A

Assalamualaikum.

Rasanya hari dah masuk minggu ketiga aku berpisah dengan lempoyang lempoying hati, makin kuat pulak rindu nie kat dorang.. Eh, nak cerita lain sebenarnya. Selalu hashtag MELIDZKA kat twitter, sape sebenarnya dorang kat hati aku nie, mehh sini alang alang takde keje nie kan, let me introduce you my HEART. sekarang hati ni makin bertambah dengan orang tersayang.

MELIDZKA ni bestfriend zaman sekolah dulu, nak cakap nakal ye kitorang tu takyah cakaplah, sampai cikgu pun dah malas nak layan kitorang. Setakat rotan, tangan ni pun dah kebal dah kena rotan ngan Abie kitorang, kejap lagi saya kenalkan siapa lah Abie nie. Tapi senakal nakal kitorang pun masa zaman jahiliyah dulu, Alhamdulilah sekarang semuanya berjaya, masingmasing ada kerjaya sendiri. Jangan ingat budak nakal takde masa depan tau, Tapi kitorang punya nakal nie pun, kitorang masih dapat seimbang kan dengan akademik dan selalu berbakti kat sekolah.

First, kita start dengan huruf M stand for Maisara. Dia nie kecik orangnya, paling kecik dalam group nie, seorang yang kidal lepastue nak kata pendiam pun tak, bising pun tak..Dia nie sebenarnya kenal dari zaman sekolah rendah lagi, tapi masa tu tak ngam langsung dengan dia walaupun kitorang satu kelas. Sekali ditakdirkan satu kelas masa form 4, masa tue terus jadi kaki ponteng samasama, masa form 1 sampai form 3 kitorang lain kelas, tapi tetap sekepala walaupun lain kelas. Mai, semoga kau makin tinggi walaupun had umur perempuan nak tinggi dah tamat n goodluck in ur life dear.


Lepas tue, E stand for Ecah atau nama sebenarnya Nur Aishah Zul Azhar.  Dia ni dari KL, masa mula mula kenal dulu, poyo je muka budak nie,haha macamana boleh rapat dengan dia nie pun tak tahu lah. Start form 1 dah pandai bercinta, dia nie lah asyik kena panggil je dengan abie. Alhamdulilah sampai sekarang kekal lagi dengan Si Petengnya tue dan tak lama lagi dah nak jadi mak orang dah, tue yang excited nak jumpa dia nie memandangkan dia paling lama yang aku tak jumpa, start dia pindah masa form 3 terus tak jumpa dia nie.  Rindu sangat dah dengan dia nie. Semoga kau berkekalan dengan Peteng n jangan lupa pastikan kitorang nie VVIP masa wedding kau nanti :)



Okay, sekarang L stand for Liza ataupun anak cik ghazali. Dia nie bila aku stay kat Klang lah baru selalu jumpa, sebab dia nie pun setempat ngan ecah jugak, jumpajumpa je ayat dia "dulu kau macam adik aku, sekarang dah besar" takpe faham maksud tersirat ayat dia tue .  Yang dia nie memang aku rasa tangan paling kebal sekali, memang dia lah yang selalu kena panggil, pasal apa kalau tak bukan pasal bercinta. Tapi sekebal kebal tangan dia nie pun, akademiknya tiptop, selalu best student kat sekolah tue, bangga I jadi kawan you noksss. Sekarang ni makin ayu tengok dia nie, kalau dulu jalan haaaa, berketak ketak bahunya. haha. To Liza, goodluck in ur study nyah, dah ada kesayangan tu jaga diri elokelok. haha



Lepas itu, I stand for Iera ataupun nama sebenarnya Nur Nazirah. Nama dah lama sama, lepas tue kitorang masa kat kelas duduk sebelah, memang selalu lah tersilap. Tapi dia dengan kitorang sekejap je, sampai form 1 je lepastu dia kena pindah serting, masa tue sedih jugaklah sebab dia yang first aku rapat kat sekolah tue, kalau listkan lah persamaan kitorang lebih dari 10, tapi lama lama kena terima juga perpisahan nie and same goes to Liza, dia nie memang tiptop kawkaw akademiknya. Good luck Cheah jadi ahli forensik nanti,.. *ewahh*


Okay, D stand for Diela. Haaa, dia nie nak cerita banyak sikit. Memang setiap kali raya ke bosan ke shopping ke, aku dengan dia jelah, lagipun rumah dia lah paling dekat rasanya yang senang aku nak merempit, tapi xdelah dekat sangat sebenarnya. Ingat lagi masa dapat tau dia ni nak pindah sekolah, meroyan sekejaplah , rasanya tiap tiap malam dekat asrama aku menangis call dia nie, bila ingat balik rasa nak gelak pun ye, yelah kawan teman dating semua nya dia nielah. haha tapi sayang gilerr lah ngan minah sorang nie. Dia ni pun macam Mai jugak sebenarnya, tak satu kelas pun, tapi masa kat asrama kitorang semua sekepala, terus jadi BFFFF. To Diela , semoga berjaya dalam kerjaya kau, berbahagia bersama si Dia, aku taktau mana satu Si Dia yang kau fikirkan, haha and thankss selalu ada masa aku call kau dulu. haha.


Z nie stand for Ziera ataupun Nazirah Johari, haaa saya lahh saya. Budak ni Ya Allah rajin nya takyah cakap, semua dia boleh buat *dalam mimpilah*. haha. Malas nak cakap banyak pasal diri sendiri tapi masa sekolah dulu paling takleh lupa yang Abie ketuk belakang badan nie pakai buku rujukan tebal, sampai tercampak kot buku tue, padu kot dia hentak ye badan nie, nasib baik masih mantain bergetah lagi badan nie. To me, ehem ehemm, doakan saya dapat apa yang saya inginkan, jodoh yang baikbaik. haha


K stand for Kiela ataupun Shakila Amira. Haa, dia ni anak ketua PIBG tau masa sekolah dulu, jangan mainmain, anak PIBG aku frenss nie, tapi dia nie lain sikitlah ngan kitorang yang haruk pikuk nie, orangnya sopan alim, lemah lembut je tapi sekali dah gelak, haaa kauu, tue yang terus sekepala je tue. Baru jumpa dia masa wedding akak dia haritue, makin membesar orangnya, tinggi je tak tambah lagi. haha. To Kiela, all the best in ur life, semoga bahagia dunia dan akhirat :)



Lastly, A stand for Anis . Dia ni my tablemate masa form 4 sampailah ke form 5, kaki ponteng samasama, kaki tidur kat belakang sama, kaki apa lagi semua sama dengan dia, tapi Si Anis nie janganlah diajak bergosip memang kalah Azwan Ali, lagi satu mulut dia nie, sape yang rasa hati kental je tahan dengan dia nie, makanya terbukti kami bertujuh memang sangat tahan dengan dia nie. haha. Dulu dia ni sama je kurus ngan aku tapi sekarang ni mungkin dia gemok sikit dari aku kot takpun samasama gemokk. haha. Sekarang ni dia dalam latihan Rekrut, so kalau kitorang gathering pun xdapat jumpa dia. Anis, goodluck lepas nie, dah jadi penembak nanti, kau jangan tersilap tembak and hope kau berkekalan dengan Sham.


Dah habis aku perkenalkan sorang, meh sini nak kenalkan Abie kitorang ataupun warden asrama kitorang, memang dia nielah yang kuat rotan kitorang, setiap kali kitorang imbau kenangan mesti nama dia nie tak tinggal, walaupun masa sekolah dulu tak suka, tapi sekarang rindu dia,haha, lagipun masa aku form 4, dia nielah guru kimia aku. haha. Sebenarnya Abie ni selalu jugalah memang anugerah guru paling hensem masa hari guru dulu plus dia nie lah coach badminton wa yg sampai ke negeri jugalah wa membawa bawa diri. hahaha. Ingat dulu masa jumpa ramai ramai tetiba je dia tanya soalan " saya ada dengar awak dengan aspura ke orang tu ada kat sini?" , cepat je dia nie dapat berita. Haa kat bawah nie lahh diaaa.


Memang rindu gilerr lahh dengan zaman sekolah, tapi memang seronok jadi budak nakal ni kekadang sampai cikgu kejar satu dewan makan tue, pastu kena marah dengan senior tu dah biasa dah, kena tidur kat bilik iron sebab tak boleh tidur samasama kat bilik. Sekurangkurangnya ada jugalah cabaran jadi budak nakal nie. haha  Haihh kenangan kenangan.. Main hujan samasama, main bola tampar yang best tue, lepastu kalau sukan ke kawad kaki ke mesti satu geng kita masuk. hhahaha. RINDUUUUUUU NGANN KORANG :)







And lastly, gambar masa zaman dulu kala :") 



Hope one day nanti kita semua akan dapat tangkap gambar lapan orang cukup, takde sape pun yang takde :) haha. sekian.


p/s : " The most beautiful discovery true friends make is that they can grow separately without gwowing apart " (unknown)

Sunday, 6 April 2014

The End of Diploma



Assalamualaikum

Firstly, nak bagi katakata ucapan setelah berbulanbulan tinggalkan blog. Terasa terpanggil nak mengarang kembali bila tak mampu nak berkata saatsaat berpisah dengan dorang. Alhamdulilah, I'm unofficially habis diploma. Ins sha Allah,semoga Allah permudahkan urusan kita. Genap tiga tahun aku hirup udara kat Beting dan esok merupakan hari terakhir kat sini. Hari terakhir nak pergi anjung. Hari terakhir nak naik lif admin.Semuanya hari terakhir. Tapi andai kata degree rezeki disini, sakitnya nak menanggung sedihnya kenangan dengan dorang semua, semoga Allah kuatkan dan tabahkan hati nie :)

Masa mulamula jejak kaki kat sini, takkan sangka akan dapat kawankawan yang sekepala yang sampai aku tak sanggup nak berpisah dengan dorang. First MDS, aku takkan lupakan Nana, orang pertama aku kenal kat sini. dialah peneman makan, dialah orang yang samasama dengan aku masa aku tak kenal sapesape lagi. Then, bila class bermula je masa tu aku kenal Nisa je, then hari first tue jugalah aku kenal Nadwa, kawan sampai sekarang. Alhamdulilah, dia sabar layan perangai aku. selalu mengalah, tak pernah merungut. Sekarang pemalupemalu dia, dia dah jadi orang yang taktahu malu dari aku. tapi takpe, gila dia nielah yang akan aku rindu nanti. Dan sorang demi sorang aku kenal, Iha yang panggil aku Kuala Pilah, Kuala Pilah. Dia ni selalu meroyan dalam bilik. Iha, aku akan rindu meroyan kau Iha. Kau selalu marah aku, aku macam rasa aku selalu sakitkan hati kau tapi aku syaang kau. aku tau kau baik, take care dengan aku. Ayya aku rapat sebab kenal kawan dia. Dia nie sekolah satu daerah ngan aku, tapi masa tue masih belum kejodohan nak jumpa dia, so dekat sinilah baru jumpa.

Ima dengan Nita yang tahutahu je dah rapat walaupun lain negeri masa tue.. Ima ni aku rasa masa mulamula dulu aku tak rapat sangat sebab dia nie pendiam tapi bila kitorang dah satu rumah, kat situ aku rasa aku baru kenal giler dia, wennggg ye kepala dia nie sampai kadangkadang kalau giler dia sampai aku tak kenal dia. Lepastu Nita, aku ingat lagi first sem aku dah cerita kisah hidup aku kat dia masa final exam sebab dia sorang je satu blok dengan aku masa tue. Sampai kesudah, dia masih setia dengar kisah meroyan aku, kisah merepek aku. Haihh,, sayang dalamdalam dia nie. Dan lastly, Mirul. Dia nie masa mulamula pemalu, ingat lagi tegur dia masa dalam lab math, dari situ start perkenalan kitorang. Tapi sekarang takyah cakaplah kan manusia berubah , begitu juga dengan dia, dari gelaknya hehehe dah jadi kahkhakahakk, tapi mulut puaka dia yang akan aku rindu.  Arip dengan Amin, Nisa yang tegur makanya aku hanya join sekaki. Amin aku akan rindu suara sweet dia tue, pastu bila orang tak dengar dia akan jerit. Arip ni taknak rindulah sebab dia suka sakitkan hati aku.haha.

Hari demi hari, bulan demi bulan berlalu. Macammacam kenangan yang kitorang bina bersamasama. Bila fikir balik mesti aku yang lagi sedih bila masingmasing dah jauh. Aku akan lalu pasar melang tempat kita beli makanan kat pasar malam, aku akan lalu Giant Pilah. Aku akan pergi Kiara Bahau , tempat kita karoke samasama. Dan yang paling penting, rumah aku dekat Bahau. dekat situ pun dah cukup buat aku ingat korang semua. Bila start kita overnite sem 3, dari situ ikatan persahabatan kita makin kuat , tambah lagi sorang sahabat kami, Epoy. Walaupun dia lain course, tapi masih boleh sekepala. Ingat lagi masa Mirul bawa dia, aku tanya kenapa Syamel tak ikut sekali sebab dorang ni JPAM tiga org lepastu suka jalan ikut ketinggian dan Epoy nielah paling comel sekali a.k.a Pendek, tapi ada hikmahnya, kami bertambah seorang sahabat.

Masuk sem 4,sem 5 dan sem 6,makin bertambah sahabat kami. Dan saya pun ada lempoyang lempoying gedempol semua ada. Zatie yang mulamula sebenarnya tak sekepala, tapi lepas dah menyelam dalamdalam hati dia, dia ni baik sebenarnya, hati lembut pun ye, macam tisu pun ye. Kaki jalan, kaki shopping lepastu kaki paw duit pakcik makcik dia. Lepas dia, hadirlah Raihan dalam hidup saya *ewahh*. Raihan ni aku tak serapat Zatie, tapi masih mampu lagi berkongsi rahsia semua, makanya dia tetap my lullaby, my honeybunny. Lepas sorangsorang, aku kenal Fahmi dengan Syed. Dua orang nie dah last semlah baru aku nak kenal dorang, tapi si Syed nie sebenarnya aku dah kenal dari sem 2 start explorace sahabat, lepastue senyumsenyum macamtue je, sem lepas sekelas dengan dia tapi sem ni baru rapat. Macam dia cakap "sebenarnya ramai pelik macamana kau boleh rapat dengan aku.. tapi takdir yang menentukan..." So, kat situ dah boleh tahu lah kenapa aku rapat dengan dia. Fahmi nie mungkin dia selalu dengan Mirul, so dia selalulah dengan kitorang jugak dan mungkin perangai dia sama dengan aku, so senang nak sekepala. Acap ngan emir pun dah join kami jugak. Acap ni sebenarnya baik aku rasa, tapi kalau perangai annoying dia dah sampai tu kadang2 menyampah. haha. sorry Acap. And Emir sopan sangat, uuuuuu  :) My awesome classmates, dengan dorang ni aku rasa bersyukur masuk kelas C2, semua kepala gilerrgilerr, dengan Misya, Biha dah macam satu family aku rasa. Dulu pernah menangis sebab ingatkan tak masuk sekepala dengan dorang tapi sekarang menangis lagi sebab tak sanggup nak berpisah dengan classmates.

Tak lupa jugak budak rumah aku, FINA, BIBAH, SYIDA, SOPIAA, ANA, FARAH, NURUL, IQA, LYNN, SYIFA. Rumah kitorang sampai kena panggil rumah puaka sebab bising sangat. Dengan dorang ni pun boleh tahan gilergilernyaa, tapi kadangkadang kesian kat dorang sebab setiap kali dorang ajak keluar mesti aku busy dengan budak kelas,mesti masa tue aku dah ada plan lain sebab dorang nie suka plan last minute. papehal pun korang tetap dalam hati nie. Aku takkan lupa semua kenangan dalam rumah tue, lagilagi kita tak tidur masa nak jawab paper CSC, Alhamdulilah semuanya flying colour untuk paper CSC. Kepala gonjenggonjeng korang tu even aku kurang spend time ngan korang, tapi Ins sha Allah aku takkan lupakan.

Adat dalam persahabatan, ada kurangnya ada lebihnya. Kepada sesiapa yang membaca post nie, aku nak mintak maaf dengan korang, aku tahu aku selalu sakitkan hati korang dengan selalu buat keputusan mainmain, suka buat keje ikut suka hati, kadangkadang taknak dengar cakap, tapi korang sabar dengan aku, selalu tak puas hati pastu korang tetap diam. Sifat budakbudak nie kadangkadang tapi korang tetap sabar, Halalkan segala ilmu, makanan,minuman, barang terpakai, duit, apaapa kaitan yang aku ada terpimjam, korang terbagi atau aku terambil.

Mata dah berair dah masa mengarang nie, papehal pun korang semua tetap aku sayang. Mungkin nie last kita berjumpa tapi berharap persahabatan kita nie sampai ke Jannah. Kita berjumpa kerana Allah, kita berpisah pun keranaNya. Ins sha Allah ada rezeki kita berjumpa keranaNya kembali. Jaga hati jaga badan jaga family. Semoga apa yang dicitacitakan tercapai. Semoga Iha dapat bukak bakery, nanti boleh sponsor kek wedding aku. Semoga Ima,Nita dengan Ayya berjaya dalam apa yang korang inginkan.Nadwa, semoga kau berjaya dalam hidup kau Nad, kalau kau kerja terus lepas nie, jangan lupa belanja aku makan first gaji nanti. Arip semoga kau jadi doktor seperti apa yg ayah kau impikan, Zatie semoga kau jadi ahli kimia yang gojess gitu dan yang lainlain aku taktau apa yang korang impikan, just do ur best and good luck in ur life. Andai diri ini pergi dulu, doakanlah Al-fatihah untuk aku tiaptiap hari, sejuk kubur aku nanti. :) Sekian.


my heart 

my honeybunny 
My gonjenggonjeng 
My lullaby 
My awesome classmates 

My daebakk chinguu 


Nadwa Sayang 

Ayya lopezz 

Nita Nitot 

Ima Imot 
Yihaaaaaa Miut 

Mirul Gojess 


Epoyy Bahrin 
Amin Pejal 
Zatie lempereng 
Abang Ray a.k.a Rai 
Arif Khan 

Syed Arief 

Fahmii Amii 


Emir Sigaraga 

Acap Jebon 
Last trip with them. A day to remember dear :")

The name that always be in my heart forever, Ins sha Allah :)



p/s : Setiap yang hidup pasti akan mati. Setiap pertemuan ada perpisahan.